Kebelakangan ni aku mencari lagu-lagu baru raya 2017 di youtube, banyak juga la aku jumpa yang best-best termasuklah raya 2016 dan 2015 yang aku baru dengar pada tahun 2017 ni
TAPI lagu ni memang lain macam pukulannya, x bosan aku ulang-ulang, melodinya tenang saja, terasa amat tenteram, akupun mula mencari versi karaokenya di youtube ni, kira mau praktis² la di rumah bawa lagu ni, cari punya cari
TERJUMPA versi karaokenya ,baru kutahu yang lagu ni adalah rearrange daripada original lirik Yang Ku Cintai, dah lama rupanya lagu ni, lirik kena ubah untuk menepati mode raya tahun ni, oleh kerana lirik Raya Yang Ku Cinta ni dah melekat di kepala otak aku, original lirik dia aku dah terasa janggal -_- .Apa-apa pun memang lagu ni masuk dijiwa aku...aku balik rumah terus edit video ni, untuk siapa yang sejiwa denganku
Dedikasikan lagu ni pada adik-adik ku yang tak dapat beraya di kampung halaman u_u, nanti kamu pulang juga kan bawa sinar bahagia.
- kredit pada owner
- video hanya untuk kegunaan peribadi
tq pada harry khalifah untuk lagu dan lan kristal untuk lirik dan juga pada band kristal yang menjayakan lagu raya 2017 ni, alhamdulillah
Lirik Lagu Raya Yang Kucinta
Penyanyi : Kristal
Lagu : Harry Khalifah
Lirik : Lan Kristal
Ku sedar hati terusik
Mengenang diri nan jauh
Terdengar takbir bergema
Menanti Syawal kan tiba
Hati merindu Ingin bertemu
Ayah dan Ibu Sedang menunggu
Kampung halaman
Sanak saudara rakan taulan
Maaf ku pohon kasih di pinta
Ampun anak mu Tak raya bersama
Ku ingin kau tahu
Restu dari mu yang ku mahu
Janganlah ayah bersedih
Janganlah ibu menangis
Anakmu nanti kan pulang
Membawa sinar bahagia
Hati merindu Ingin bertemu
Ayah dan Ibu Sedang menunggu
Kampung halaman
Sanak saudara rakan taulan
Maaf ku pohon kasih di pinta
Ampun anak mu
Tak raya bersama
Ku ingin kau tahu
Restu dari mu yang ku mahu
Hati merindu Ingin bertemu
Ayah dan Ibu masih menunggu
Ku ingin kau tahu
Restu dari mu yang ku mahu
Lirik Lagu Yang Kucinta (Original Raya Yang Kucinta)
Penyanyi : Kristal
Lagu : Harry Khalifah
Lirik : Iman Imran
Ku sedar hati tak mampu
Melupa akan dirimu
Nyatanya kau yang ku cinta
Membuat aku bahagia
Namun mengapa antara kita
Saling membenci dan menyakiti
Hingga terasa berbekas sakitnya di jiwa
Tapi kerana kau yang ku cinta
Biarlah diri ini mengalah
Wahai kekasih
Ku tak mahu kehilanganmu
Dirimu paling ku sayang
Tak mungkin aku membenci
Kerana kau yang ku cinta
Dan buat aku bahagia
Namun mengapa antara kita
Saling membenci dan menyakiti
Hingga terasa berbekas sakitnya di jiwa
Tapi kerana kau yang ku cinta
Biarlah diri ini mengalah
Wahai kekasih
Ku tak mahu kehilanganmu
Dirimu paling yang aku sayang
Mana kan mungkin aku membenci
Kau yang membuat
Diriku rasa bahagia
No comments:
Post a Comment